Makin lama aku makin leka, makin leka dengan duniawi..aku berharap suatu hari nanti aku boleh berubah, hanya untukMu Ya Allah..cekalkan lah hati ku ini menjadi serikandi muslimah yang sejati..Ya Allah ,,jadikan aku seorang muslimah.. bukan hanya gelaran wanita itu sahaja melekat pada diriku..

Ya Rabb aku wanita lemah, jangan lah engkau berbolak- balikkan hati ni ya Allah..aku mohon hanya Pada Mu Tuhan Yang maha Esa.

Seperti kita tahu, iman kita adakalanya tebal, dan adakala nya senipis kulit bawang,,ya kerana itulah kita harus sentiasa bermuhasabah, bermujahadah...dan dalam antara nya ada paling sukar..iaitu istiqamah..dengan itu pabila kita menyedari hati kita mula menurun..kita sebagai manusia yang lemah harus cepat bertindak.solat lah, solat dengan khusyuknya,memohon padaNya.supaya kita sentiasa kuat..perlu lah tahu syaitan itu ada di setiap pembuluh Darah tetapi Allah swt ada di setiap urat dan nadi kita, di seluruh jiwa kita.Subhanallah..

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

--------------------------------------------------------
Ia adalah lirik yang sangat bersesuai dengan jiwa ku..dan diri..dan ini lah yang ku rasa kini.semuanya di dalam hati..mungkin aku tak boleh mengungkapkannya dan tidak tahu bagaimana..jadi hati lah yang menjadi teman bicara untuk ku,teman coretan setiap apa yang ku rasa.


Setelah sekian lama aku meninggalkan dunia blogging..harini membuat aku terasa nk share sesuatu…aku sangat bahagia sekarang kerana mempunyai ibu ayah yang menyayangi aku, kawan2 dan sahabat..walaupun yang jauh dan dekat. Hidup ini indah…berbagai perasaan yang lahir dalam diri..kadangkala kesepian, kegembiraan , kesunyian, kesedihan. Aku syukur kerana mempunyai perasaan seperti itu. Sahabat itu indah sekali, walaupun jauh dan dekat tapi hati itu sentiasa terkait bersama. Sahabat yang paling lama mengikat perjanjian persahabata adalah Nurul Aqilah Aladin, dan ketika berada di suatu saat yang indah iaitu sahabat2 di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ialah Hikmah, Fairuz,Lina,Aina.Suhana.Kirin. Walaupun dah setahun kami terpisah, tapi perasaan sayang itu sentiasa singgah dan dekat di hati, ukhwah yang terjalin lebih daripada sahabat. Seperti adik beradik. Bersusah payah bersama, makan bersama, menangis bersama, ketawa bersama, semua yang di lakukan bersama, tapi perpisahan telah menemui kita, kita akur, dan kita masih merasa perasaan yang sama walaupun kita berjauhan dari segi tempat. Begitu juga kepada sahabat ku yang berlainan Negara, di Indonesia cha’unk el Fakir, walaupun aku dengannya berjauhan. Aku merasa sangat dekat dengannya, tidak pernah bersua muka, tidak pernah bicara secara langsung walaupun melalui alat komunikasi, aku merasa dekat dengannya, kehadirannya membuat aku jauh berfikir, bagaimana persahabatan ini boleh menjadi seindah yang mungkin, yang tidak dapat di reka oleh akal fikiran, perasaan persahabatan itu beza.ukhwah itu terasa semakin dekat dan dekat menghampiri diriku. Terasa beruntung nya mendapat mereka-mereka yang sangat dekat dengan ku. Dan mereka-mereka lah insan yang aku sayangi selain dari ibu bapa ku. Aku teramat bahagia mempunyai sahabat seperti mereka.. Akhir kata, Persahabatan yang indah terjalin dengan kasih sayang yang ikhlas…

Kasih Dari:

Aisyah

Malam yang sepi,berdentam dentum bunyi mercun di atas perayaan bagi kaum china.mengambarkan perasaan gembira di dalam menempuh hari istimewa, sambil memandang langit,langit pada tika ini tidak gelap gelita seperti biasa, warna nya agak gelap kemerahan2.SubhanaAllah.sungguh indah,lebih tenang jiwa ku.memerhatikan suasana kampung di sekitar ku.membuat aku sungguh damai.hati ku..tenang lah dikau seperti ini selalu..pujian syukur ke atas Allah swt atas segalanya..semua pada diriku adalah milikNya.Aku hanya meminjam semata2..

tapi adakalanya aku alpa, sibuk dengan kehidupan di luar.membuat aku leka dan berjalan tanpa sedar.ya Allah, apa yang membuat kan hambamu ini lemah. kerana berkejar hal dunia, solat lewat, bekejar masa untuk solat,aku teramat malu..malu pada diri ku Ya Allah, kerana mengejar waktu kuliah, solat nya harus di cepat2kan.mana kusyuknya solat aku.mana hilangnya..mana hilang nya rasa tenang ku, mana tangisan ku hilang pabila ku menadah tangan pada Mu.aku tidak pernah menyalahkan jadual kuliah ku, dan aktiviti ku, yang aku salah kan adalah mungkin cara aku menjalani nya segala rencana ku. Aku hamba yang lemah, hamba yang hina.Pada mu ku sujud. ku istigfar,kuatlah hati ku, hati adalah raja dalam diri. aku akan mencari ketenangan itu semula.hanya dengan bantuan mu Ya Rabb..Hanya pada mu ku berserah.RINDU PADA MU YA ALLAH.




PERJALANAN BARU

Masuk Tahun Baru, pasti ada azam atau impian yang akan di buat, terlaksana atau tidak ia adalah cara kita melaluinya..tidak cukup berazam di mulut tetapi tiada tindakan.Aku juga ada impian dan hasrat pada tahun ini. Tahun 2011 merupakan tahun mencabar bagi ku, membuat ku cuba sebaik mungkin menjadikan tahun 2011 tahun bermakna bagiku..tahun yang akan ku cuba mendekatkan diri ku kepada Allah swt, mendekatkan aku kepada ibu bapa ku, mendekat kan aku kepada pelajaran. Akan ku cuba mengecapi nya, kita merancang dan Allah akan menentukannya. Akan ku cuba jauhi diri ku dari kehidupan dunia yang semakin membuat ku terleka..azam ku semangat ku..